:: Cara Melupuskan Al Quran :::

Filed under , by salmanfasiri on 1:58 PM

Menjawab persoalan yang dikemukana oleh Ibnu Nasir di ruang chat box, insya Allah, di bawah ini dinyatakan persoalan tersebut. Kita boleh umumkan soalan ini sebagaimana dibawah

Bagaimanakah cara untuk melupuskan Kitab Al Quran yang koyak, atau tersalah cetak dan sebagainya

بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين وبعد

Terdapat dua cara untuk melupuskan Al Quran:

1. Menanamnya

Dalam hal ini, Ibnu Taimiyah pernah diajukan tentangnya dan beliau menjawab

‏.‏ أما المصحف العتيق والذي تخرق، وصار بحيث لا ينتفع به بالقراءة فيه، فإنه يدفن في مكان يصان فيه، كما أن كرامة بدن المؤمن دفنه في موضع يصان فيه

Maksudnya: manakala mushaf yang lama dan juga yang terbakar hingga menjadi tidak boleh untuk diambil manfaat dengan membaca apa yang (tertulis) padanya, ia (Quran) hedaklah ditanam di tempat yang terjaga seperti juga kemuliaan badan seorang mukmin (yang meninggal) ialah dengan mengebumikannya di tempat yang terjaga

2. Membakarnya

Ada juga dikalangan ulama yang mengharuskan membakar mushaf yang tidak dapat digunakan,berdasarkan perbuatan Sayyidina Uthman bin Affan yang mengarahkan agar dibakar segala mushaf selain dari mushaf yang disalin oleh sekumpulan penyalin Al Quran pada zaman beliau. Ini kita boleh dapati dalam kitab Sahih Bukhari:

‏أن ‏ ‏حذيفة بن اليمان ‏ ‏قدم على ‏ ‏ عثمان ‏ ‏وكان ‏ ‏يغازي ‏ ‏أهل ‏ ‏الشأم ‏ ‏في فتح ‏ ‏إرمينية ‏ ‏وأذربيجان ‏ ‏مع ‏ ‏أهل ‏ ‏العراق ‏ ‏فأفزع ‏ ‏حذيفة ‏ ‏اختلافهم في القراءة فقال ‏ ‏حذيفة ‏ ‏ لعثمان ‏ ‏يا أمير المؤمنين أدرك هذه الأمة قبل أن يختلفوا في الكتاب اختلاف ‏ ‏اليهود ‏ ‏والنصارى ‏ ‏فأرسل ‏ ‏ عثمان ‏ ‏إلى ‏ ‏حفصة ‏ ‏أن أرسلي إلينا بالصحف ننسخها في المصاحف ثم نردها إليك فأرسلت بها ‏ ‏حفصة ‏ ‏إلى ‏ ‏ عثمان ‏ ‏ فأمر ‏ ‏زيد بن ثابت ‏ ‏وعبد الله بن الزبير ‏ ‏وسعيد بن العاص ‏ ‏وعبد الرحمن بن الحارث بن هشام ‏ ‏ فنسخوها في المصاحف وقال ‏ ‏ عثمان ‏ ‏للرهط ‏ ‏القرشيين الثلاثة إذا اختلفتم أنتم ‏ ‏وزيد بن ثابت ‏ ‏في شيء من القرآن فاكتبوه بلسان ‏ ‏قريش ‏ ‏فإنما نزل بلسانهم ففعلوا حتى إذا نسخوا الصحف في المصاحف رد ‏ ‏ عثمان ‏ ‏ الصحف إلى ‏ ‏حفصة ‏ ‏وأرسل إلى كل أفق بمصحف مما نسخوا وأمر بما سواه من القرآن في كل صحيفة أو مصحف أن يحرق

Maksudnya: Bahwa Huzaifah Bin Al Yaman datang bertemu Uthman, yang mana pada waktu itu beliau sedang memerangi penduduk Syam untuk membuka Negara Armenia dan Azerbaijan bersama dengan penduduk Iraq. Beliau amatbimbang dengan perselisihan pendapat mereka dari segi bacaan Quran. Lantas Huzaifah berkata kepada Uthman, : Wahai Amir Mukminin, selamatkan umat ini sebelum mereka bercanggah tentang bacaan Al Quran seperti berlaku percanggahan di kalangan Yahudi dan Nasrani. Lantas Uthman mengutuskan utusan bertemu Hafsah, supaya beliau kirimkan mushaf untuk disalin dalam beberapa naskhah, kemudian kami akan kembalikan naskhah asal kepadamu. Lalu Hafsahmengirimkan kepada Uthman, lalu beliau mengarahkan zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Said bin Al Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam . mereka menyalinnya dalam beberapa naskhah. Uthman berpesan kepada tiga orang keturunan Quraisy dikalangan kumpulan tadi dengan katanya : Jika kamu bercanggah dengan Zaid bin Tsabit tentang apa-apa berkenaan Al Quran, hendaklah kamu menulisnya menggunakan dialek Quraisy kerana sesungguhnya ia turun dalam bahasa mereka (Quraisy). Hinggalah merek selesai menyalinnya, Uthman kembalikan naskhah asal kepada Hafsah. Juga dihantar ke segenap pelusuk, senaskhah yang disalin. Beliau juga mengarahkan segala salinan atau mushaf lain yang bukan dari salinan asal agar dibakar

(Riwayat Bukhari,hadis 4604)



Kesimpulannya, boleh kita lupuskan apa-apa sahaja yang ada ayat Al Quran, sekiranya ia sudah tidak boleh digunakan atau tidak dapat dimanfaatkan

والله أعلم.

وصلى الله وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

Rujukan

1. Majmu' fatawa Ibnu Taimiyyah jilid 12

2. Sohih Bukhari bab Jam' Quran

Comments: