:: Qadha Solat ::

Filed under , by salmanfasiri on 11:39 PM


Soalan : ustaz, apakah hukum orang kafir yang masuk Islam, kena qadha ke solat dia masa kafir tu?



بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين وبعد



Persoalan berkenaan qadha solat, sudah lama dibincangkan ulama. Di sini penulis bukanlah hendak mebincangkan perkara tersebut panjang lebar, namun sebagai ringkasan terhadap perbincangan ulama, di sampan memudahkan untuk teman membuat rujukan.


Kita bahagikan persoalan ini kepada 3 iaitu :


  1. golongan yang disepakati, mereka wajib qadha
  2. golongan yang disepakati, mereka tidak wajib qadha
  3. golongan yang diperselisihkan samada wajib atau tidak

sekarang kita perincikan ketiga-tiga golongan tadi :-


  1. golongan yang disepakati, mereka wajib qadha ialah :


  1. orang yang terlupa


Imam Ibnu Hazm menukilkan kesepakatan ulama berkenaan orang yang lupa wajib menunaikan/ qadha solat apabila dia teringat


Begitu juga Ibnu qayyim Al Jauziyyah dalam kitab beliau ( الصلاة )


Dalil berkenaan dengannya


i. hadith Anas Bin Malik ra :



قال رسول الله : (إذا رقد أحدكم عن الصلاة أو غفل عنها ، فليصلها إذا ذكرها ، فإن الله يقول : [ وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي ])


Maksudnya: RasuluLLAh saw bersabda : Apabila seseorang dari kamu tertidur tanpa melakukan solat atau terleka (lupa) tentangnya, hendaklah dia solat bila saja dia teringat, kerana Allah berfirman (mafhumnya) " dan dirikanlah solat untuk mengingati KU "

(Riwayat Muslim hadis 684)



  1. orang yang mabuk


Kebanyakan ulama menukilkan berkenaan kesepakatan fuqaha bahawa orang yang mabuk wajib qadha solat, sebagai contoh Imam Ibnu Munzir dalam kitab beliau ( الإجماع ), begitu juga Ibnu Hazm dalam kitab ( المحلى ) dan Ibnu Qudamah dalam kitab beliau ( ا( المغنى



  1. golongan yang disepakati, mereka tidak wajib qadha :-


  1. wanita yang haidh atau nifas



Ramai dikalangan ulama menukilkan kesepakatan fuqaha dalam masalah ini, contohnya Imam Ibnu Munzir dalam kitab beliau ( الإجماع ), begitu juga Ibnu Hazm dalam kitab ( المحلى ) dan Ibnu Qudamah dalam kitab beliau ( ا( المغنىbegitu juga Imam Nawawi dalam kitab beliau ( المجموع)


Dalil tentang ketidakwajiban qadha


حديث معاذة (رحمها الله) قالت : سألت عائشة (رضي الله عنها) فقلت : ما بال الحائض تقضي الصوم ولا تقضي الصلاة ؟ فقالت : أحروريّة [5] أنت ؟ قلت : لست بحروريّة ، ولكني أسأل ، فقالت : كان يصيبنا ذلك ، فنؤمر بقضاء الصوم ولا نؤمر بقضاء الصلاة)


Maksudnya: Muadzah rh berkata, aku telah bertanya Aisyah ra : Kenapa orang yang haidh diperintah untuk qadha puasa sedangkan tidak diperintah untuk qadha solat ? Aisyah bertanya : Adakah kamu di kalangan Haruriyyah? Aku menjawab : Tidak, tetapi aku sekadar bertanya, Aisyah lantas menjawab : Memang itu berlaku pada kita ( haidh), maka kita diperintah (oleh Allah) untuk mengqadha puasa dan kita tidak diperintah mengqadha solat

(Riwayat Bukhari hadis 321)




  1. Orang kafir yang baru masuk Islam.


Berkenaan masalah ini juga, berlaku ijmak bahawa orang kafir tidak wajib qadha solat yang tidak dilakukan pada zaman kekufurannya


Ini dapat diperhatikan dalam ketiga-tiga kitab yang dinyatakan sebelum ini


Dalil yang di utarakan ialah


i: قوله (تعالى) : [ قُل لِّلَّذِينَ كَفَرُوا إن يَنتَهُوا يُغْفَرْ لَهُم مَّا قَدْ سَلَفَ]


Firman Allah SWT maksudnya : katakanlah wahai Muhammad kepada orang-orang yang kafir, sekiranya mereka berhenti dari kekufuran, pasti mereka akan diampuni segala apa yang pernah mereka lakukan

( Al-Anfaal : 38)




2 . ومن السنة : قوله : (أما علمت أن الإسلام يهدم ما كان قبله ؟ ).


Nabi saw bersabda : tahukah kamu bahawa sesungguhnya Islam menghancurkan apa (kesalahn dan dosa ) yang sebelum ini

(riwayat Muslim hadis 192)




  1. golongan yang ketiga, yang diperselisihkan oleh ulama



  1. orang gila


Jumhur mengatakan tidakwajib qadha solat yang tidak dilakukan pada masa gila


Ini berdasarkan dalil


حديث عائشة (رضي الله عنها) عن النبي -صلى الله عليه وسلم- ، قال : (رفع القلم عن ثلاث : عن النائم

حتى يستيقظ ، وعن الصبي حتى يحتلم ، وعن المجنون حتى يعقل)



Maksudnya; daripada Aisyah ra, dari Nabi SAW ,baginda bersabda : Qalam terangkat ( tidak ditulis sebagai dosa ) dari tiga golongan : dari orang yang tidur hinggalah dia bangun, dari seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, dari orang yang gila sehinggalah dia waras




  1. orang murtad


Jumhur mengatakan tidak perlu qadha berdasarkan dalil berikut


i. Orang yang murtada pada zaman Nabi SAW, setelah mereka kembali balik kepada Islam, mereka tidak pernah disuruh oleh Nabi SAW untuk qadha solat, antaranya ialah Abdullah bin Sa'ad bin Abi Sarh


ii. Pada zaman Abu Bakar Assiddiq ra, golongan yang murtad, setelah kembali kepada Islam, beliau tidak pernah menyuruh mereka qadha solat. Sekiranya golongan tadi pernah disuruh, pasti berita seperti itu,sampai ke pengetahuan kita


iii. Qiyas kepada kafir yang memeluk Islam, sebagaimana mereka tidak disuruh untuk qadha, maka orang murtad juga tidak disuruh qadha


iv. Dari segi akal, jika golongan ini disuruh untuk qadha, kemungkinan besar akan menjadi sebab mereka rasa liar untuk kembali kepada Islam.




  1. Orang yang pengsan (tidak sedarkan diri )


Mazhab Malikiyyah dan Syafiiyah menyatakan tidak perlu qadha mereka yang tidak sedarkan diri, samada sekejap atau lama. Pendapat ini juga pernah diutarakan oleh Hasan Al Basri, Muhammad bin Sirin, Imam AzZuhri, dan Imam Abu Tsur juga Ibnu Hazm.


Dalil mereka



i.

أثر ابن عمر (رضي الله عنهما) : (أنه أغمى عليه فذهب عقله ، فلم يقض الصلاة)



Daripada Ibnu Umar ra, suatu ketika beliau tidak sedarkan diri dan hilang akal, beliau tidak qadha solat apabila telah sedar



ii. secara akalnya orang yang pengsan, dia ketiadaan asas pentaklifan (tanggungjawab) iaitu akal (minda), oleh itu, dia seumpama orang yang gila (dari segi minda yang tidak boleh bertindak)



  1. orang yang hilang kewarasan (minda) dengan sebab bius


Mazhab hanafi begitu juga hanbali menyatakan ia wajib qadha , berdasarkan :



i. Qiyas pada tidur, kerana kedua-duanya kehilangan deria secara total, disamping tidak berlaku lama, juga tidak boleh berlaku gantian tadbir urus bagi pihaknya


ii. Kehilangan minda adalah disebabkan perbuatannya (dibawah pengetahuannya) yang mana jika dia tidak melakukan/ membenarkan,pasti tidakberlaku



  1. Orang yang meninggalkan solat secara sengaja



Dalam masalah ini, penulis tidak mahu memberi ulasan, kerana berlaku perbahasan panjang , cukuplah sekadarmenukilkan pendapat tanpa mengemukakan dalil


i. pendapat pertama : Jumhur ulama di kalangan empat mazhab mengatakan wajib qadha


ii. pendapat kedua : menurut Hasan Albasri, Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyyah serta ulama Arab Saudi, tidak perlu qadha



Cuma apa yang hendak penulis nyatakan ialah, jika dengan sebab kita menyokong pendapat wajib, seseorang yang baru hendak kembali kepada ajaran Islam, mungkin akan terasa ruang sukar di hadapannya yang akhirnya akan membantut keinginan untuk menghayati ajaran Islam


Juga dengan sebab kita mewajibkan qadha, sedikit sebanyak mungkin akan menghalangnya dari melakukan amalan wajib lain,contohnya mencari nafkah, bekerja dan sebagainya.


Ya, jika sekiranya dia telah dapat mengatasi segala masalah yang dinyatakan, digalakkan untuknya menqadha solat,kerana sebagai cara untuk kita menghindari khilaf yang berlaku di kalangan ulama



p/s: untuk golongan ketiga , mereka yang diperselisihkan tentang kewajipan qadha, penulis hanya nyatakan yang rajih sahaja


والله أعلم.

وصلى الله وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

Rujukan

1. Al Quran Al Karim

2. Sohih Al Bukhari

3. Sohih Muslim

4. musannaf Abdul Razzaq

5. Al Muwatta lil Imam Malik

6. Al Majmu' lil Imam Nawawi

7. Al Muhalla lil Ibnu Hazm

8. Al Mughni lil Ibnu Qudamah

9. Al Hidayah Syarah AlBidayah lil AlMurghinani

10. Majmu' Fatwa Ibnu Taimiyyah

Comments: