Tauhid 3 vs Sifat 20

Filed under by salmanfasiri on 4:48 AM

Seusai membaca tentang Qadhaya Muasirah yang diberikan oleh ahli bait, saya termenung dan mengucap panjang. Apa tidaknya, dalam tajuk qadhaya untuk tahun 1 pelajar tajaan Amanah Raya Berhad terdapat tajuk “ Bangkangan Terhadap Tauhid yang 3”

Tauhid 3 ialah asas pemahaman tauhid yang agak popular sekarang ini. Ia merangkumi :

1. Tauhid Rububiyah : iaitu mengakui hanya Allah yang mencipta dan menguruskan semua alam

2. Tauhid Uluhiyah : iaitu mengakui keEsaan Allah dan melakukan segala ibadah untukNya sahaja

3. Tauhid Asma dan Sifat : mengakui dan meyakini segala nama dan sifat Allah tidak sama dengan makhluk sedikit pun

Turut saya kesali apabila diberitahu bahwa fellow MANHAL juga membantah pembahagian Tauhid kepada 3 bahagian ini.( Harapnya itu hanya khabar semata-mata, dan bukan pendirian beliau)

Di Bawah ini, dinyatakan tentang hujah mereka yang menolak pembahagian 3 tauhid :-

Hujah Pertama

Tidak ada di kalangan ulama salaf ( bahkan di zaman Nabi SAW pun ) yang membahagikan tauhid kepada 3 bahagian ini .

Jawapan :

Benarkah begitu? Jika apa yang dimaksudkan salaf ialah selain dari Nabi SAW,para sahabat dan juga tabiien, ia boleh diterima. Memang mereka tidak pernah bahagikan tauhid secara jelasnya kepada 3 pembahagian ini.

Namun, adakah sifat 20 juga pernah dibuat oleh mereka?

Jika mereka beranggapan, maksud ungkapan salaf ialah orang yang hidup dalam kurun ketiga (3 ) hijrah ke bawah, selain daripada Nabi SAW, sahabat dan tabien, ia juga tidak tepat, kerana ada beberapa ulama yang hidup dalam lingkungan zaman 3 Hijrah menyatakan tentang 3 tauhid ini.

Sebagai contoh , Al Hafidh Abu Jaafar Muhammad bin Jarir Atthabariy rahimahullah, lahir pada 224 H wafat pada 310 H.

Beliau nyatakan dalam kitab tafsir beliau pada:

1. Ayat 83 surah Ali Imran (surah ke3) tentang adanya Rububiyah dan Uluhiyyah

2. surah Annisa (surah ke 4) ayat 36

3. Surah Al Kahf ayat 110

4. Surah Sood ayat 65

5. Surah Ankabut ayat 61

Ulama (tafsir) mutaakhirin juga ada menyebut tentang tauhid ini seperti Imam Ibnu Kathir ra (ulama kurun ke 7-), ada menyatakan dalam tafsir beliau ‘ Tafsir alQuran Al-Adzim’ tentang tauhid Uluhiyyah dan Rububiyah. Sebagai contoh:

1. Surah Ankabut ayat 61

2. Surah Atthuur ayat 35

Dalam Syarah Ibnu Abi Al Izz (Ali bin Ali bin Muhammad bin Abil Izz ad-Dimasyqi, wafat 792 H) terhadap matan (teks) Aqidah Tohawiyyah, beliau turut menyebut tentang tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah ini

(فعُلم أن التوحيد المطلوب هو توحيد الألوهية الذي يتضمن توحيد الربوبية)

Maksudnya : Maka diketahui (dari sini) bahawa, yang dikehendaki di sini ialah Tauhid Uluhiyyah yang (juga) mengandungi Tauhid Rububiyyah

Hujah Kedua

Perkataan Rabb dan Ilaah, membawa maksud yang sama. Ayat Al Quran ada menyebut tentangnya, contohnya:

1. surah Yusuf Ayat 39

2. surah yusuf Ayat 40

3. surah ali imran ayat 80

4. surah al Maidah ayat 116

Jawapan

Tidak ada secara terang dan jelas yang menunjukkan bahawa Ilaah dan Rabb membawa makna yang sama, kerana kesemua ayat yang dinyatakan di atas terarah bukan kepada satu golongan sahaja.

Bagi golongan yang beranggapan bahawa ada tuhan lain yang mencipta alam, maka Allah menggunakan perkataan Robb , bagi yang mengakui Keesaan Allah, namun ibadah mereka menyimpang, maka Allah menggunakan perkataan Ilaah.

Apatah lagi dalam surah AnNaas, Allah menggunakan kedua-dua perkataan (robb dan ilaah) dalam satu surah

))قل أعوذ برب الناس. ملك الناس. إله الناس ))

Dari segi penggunaan bahasa Arab, tidak perlu diulang perkara (perkataan) yang sama dalam satu masa, kerana dengan pengulangan kata yang sama tanpa membawa maksud atau keperluan lain, ia adalah sesuatu yang sia-sia. Disamping itu juga, ia mencacatkan kefasihan ayat itu sendiri

Abu A’la Al-Maududi juga telah menjelaskan dalam kitab beliau ‘ AlMustalahat al-Arbaah Fil Quran’ tentang wujudnya perbezaan antara perkataan Ilaah dan Robb.

Banyak lagi hujah yang diutarakan yang bagi saya yang cetek ilmu ini, merasakan ianya agak kurang sesuai, tapi cukuplah sekadar saya nyatakan dua hujah utama dari pegarang asal.

Kesimpulan

Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah bukan berkenaan siapa salah dan siapa benarnya. Semua ulama telah berusaha untuk memudahkan pemahaman agama dengan pelbagai cara. Janganlah hanya kerana pembahagian ini, menyebabkan kita semua berpecah dan mencari kesalahan orang, sebaiknya, tumpukan kepada perkara yang lebih utama lagi.

Yang penting bukan penamaan dan pembahagian, tapi sejauh mana kita memahami tugas kita sebagai hamba,tidak menyamakan Allah dengan makhluk, mengabdikan diri hanya untukNYA. Malaikat tidak akan tanya,: “kamu percaya sifat 20 ke 3 tauhid?”

Umat Islam yang tersebar di serata dunia, sepatutnya tumpukan kepada mempertahankan diri dari serangan musuh, dalam apa jua bidang. Musuh sekarang bukannya berperang secara berdepan, namun lebih kepada serangan pemikiran.

Wallahu’alam

Larangan Dalam Doa

Filed under , by salmanfasiri on 12:45 PM


Kita sebagai manusia dan hamba , selayaknya perlu menadah tangan berdoa. Apatah lagi, doa itu satu ibadah. Orang yang rasakan dirinya tidak perlu berdoa, pastinya dia dianggap sebagai angkuh terhadap Allah, neraka adalah tempat yang layak untuknya.

Namun, di sana terkadang ada yang berdoa, tetapi tidak tepat dengan ajaran Islam.

Di bawah ini, dinyatakan beberapa larangan dalam berdoa



1. Jangan tinggalkan doa pabila sudah senang


قال الله تعالى: ﴿وإذا مس الإنسان الضر دعانا لجنبه أو قاعداً أو قائماً فلما كشفنا عنه ضُرَّهُ مَرَّ كأن لم يدعنا إلى ضُرِّ مَسَّه﴾ (يونس/12).


maksudnya: Apabila manusia dirtimpa kesusahan, dia berdoa kepada kami samada dalam keadaan terbaring, duduk atau berdiri. Apabila kami hilangkan kesusahannya, dia berlalu seakan-akan tidak pernah berdoa kepada kami terhadap kesusahan yang dialaminya



2. Jangan lemah atau malas dari berdoa


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أعجز الناس من عجز عن الدعاء، وأبخلهم من بخل بالسلام" ((حسنه الألباني سلسلة الصحيحة 2:


maksudnya: selemah-lemah manusia ialah yang paling lemah untuk berdoa dan yang paling kedekut di antara mereka ialah yang paling kedekut untuk memberi salam



3. Jangan melampau tika berdoa


قال الله تعالى: ﴿ادعوا ربكم تضرعاً وخفية إنه لا يحب المعتدين﴾ (الأعراف/55).

Maksudnya: Berdoalah kepada Tuhanmu dalam keadaan merendah diri dan bersuara perlahan, sesungguhnya Dia tidak suka orang yang melampau

Sabda Nabi saw:


عن أبي نعامة أن عبد الله بن مغفل سمع ابنه يقول" اللهم إني أسألك القصر الأبيض عن يمين الجنة إذا دخلتها " فقال أي بني سل الله الجنة وتعوذ به من النار فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول" إنه سيكون في هذه الأمة قوم يعتدون في الطهور والدعاء " (( رواه أبوداود، ((


Diriwayatkan daripada Abi Nu’amah, bahawa Abdullah bin Mughaffal mendengar anaknya berdoa, dengan katanya : Ya Allah, aku memohon agar dikurniakan mahligai putih di sebelah kanan syurga apabila aku masuk ke dalamnya (syurga) nanti

Sabda Nabi saw:


عن عائشة رضي الله عنها قالت كان رسول الله صلى الله عليه وسلم:

"
يستحب الجوامع من الدعاء ويدع ما سوى ذلك"

Diriwayatkan daripada Aisyah ra katanya : Nabi saw sukakan doa yang menyeluruh dan baginda tinggalkan selain dari itu



4. Jangan berdoa dengan tujuan dosa (niat tidak baik) dan untuk memutuskan hubungan silaturrahm juga ingin cepat dikabulkan


عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:

"لا يزال يستجاب للعبد مالم يدع بإثم أو قطيعة رحم مالم يستعجل.." الحديث، رواه مسلم
.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda: Doa seseorang hamba akan sentiasa dikabulkan selama dia tidak berdoa perkara dosa atau memutuskan silaturrahim; selama mana dia tidak gopoh (ingin cepat dikabulkan)


وعن عبادة بن الصامت رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:

"ما على الأرض مسلم يدعو الله بدعوة إلا آتاه الله إياها أو صرف عنه من السوء مثلها، مالم يدع بإثم أو قطيعة رحم، مالم يعجل يقول: قد دعوت ودعوت فلم يُستجب لي".
)) رواه الترمذي، وقال حديث حسن صحيح‏)).‏

Diriwayatkan dari Ubadah bin asSomit ra, bahwa Nabi saw bersabda : Tidak ada di muka bumi ini, mana-mana Muslim yang berdoa, melainkan Allah akan kurniakan apa yang didoa atau Allah hindari dari berlaku benda buruk terhadapnya setara dengan doanya; selama mana dia tidak berdoa untuk perkara dosa atau memutuskan silaturrahim, jika dia tidak gopoh


5. Jangan berdoa agar diberi kifarah di dunia


عن أنس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم:

عاد رجلاً من المسلمين قد خَفَتَ فصار مثل الفرخ، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم:


"
هل كنت تدعو بشيء، أو تسأله إياه؟ " قال: نعم، كنت أقول: اللهم ما كنت معاقبني به في الآخرة فعجله لي في الدنيا، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "سبحان الله، لا تطيق أو: لا تستطيعه أفلا قلت: اللهم آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار ؟ " قال: فدعا الله له فشفاه )) رواه مسلم((.

diriwayatkan dari Anas bin Malik ra , bahwa Rasulullah saw menziarahi seorang islam yang sakit sehinggakan badannya seumpama anak burung ( kurus kering),seraya baginda bersabda : adakah kamu berdoa sesuatu atau memohon sesuatu? Lelaki itu berkata: Ya, aku berdoa : Ya Allah, jika kamu ingin menghukum daku di akhirat nanti, hukumlah daku dengan segera di dunia ini. Rasulllah saw bersabda: SubhanaLLAH, kamu tidak mampu(hadapi hukuman), kenapa tidak kamu doakan : Ya Allah kurniakanlah kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan di akhirat serta hindarilah kami dari api neraka. Setelah itu lelaki tadi berdoa (sebagaimana diajar) lalu dia Allah sembuhkannya



6. Jangan sempitkan doa


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:

قام رسول الله صلى الله عليه وسلم في صلاة، وقمنا معه، فقال أعرابي وهو في الصلاة: اللهم ارحمني ومحمداً ولا ترحم معنا أحداً، فَلَما سَلَّم النبي صلى الله عليه وسلم قال للأعرابي: لقد حَجَّرْت واسعاً"


Diriwayatkan dari Abu hurairah ra katanya: Nabi saw berdiri untuk mengerjakan solat dan kami turut berdiri bersama baginda, lalu ada di antara Arab badwi tika solat, dia berdoa : Ya Allah, rahmatilah daku dan Muhammda (saw) jangan kamu rahmati sesiapa pun selain dari kami. Setelah memberi salam, Nabi saw berkata kepada badwi tadi : Kamu telah sempitkan perkara yang luas


7. Jangan terlalu puitis dalam berdoa


وعن ابن عباس رضي الله عنهما في وصيته لمولاه عكرمة - رحمه الله تعالى - :

"
فانظر السجع من الدعاء فاجتنبه، فإني عهدت رسول الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه لا يفعلون إلا ذلك الاجتناب رواه البخارى.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra dalam wasiat beliau kepada hambanya Ikrimah: telitilah sajak dalam doa, ( apabila dtelah dipastikan) maka hindarilah ia, kerana aku dapati Rasulullah dan para sahabat tidak lakukan kecuali itu sahaja ( iaitu menjauhi doa yang terlalu puitis)


8. Jangan doakan perkara buruk terhadap diri dan anak pinak


عن جابر رضي الله عنهما قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏


‏"‏لا تدعوا على أنفسكم، ولا تدعوا على أولادكم، ولا تدعو على أموالكم، لا توافقوا من الله ساعة يسأل فيها عطاء، فيستجيب لكم‏"‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏.‏

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah ra katanya , Nabi bersabda : Janganlah kamu doakan keburukan terhadap diri kamu, dan janganlah kamu doakan keburukan terhadap anak-anak kamu, janganlah kamu doakan keburukan terhadap harta kamu, kerana (tatkala kamu berdoa) mungkin tepat pada waktu mustajab, lantas Allah kabulkan doa kamu ( membuatkan kamu sesal)


Semoga dapat manfaat..ayuh kita berdoa