:: Zakat Kepada Peminjam Wang Ah Long :::

Filed under , by salmanfasiri on 2:01 PM

Setiap hari di dada akhbar, tepampang berita tentang beberapa individu yang dikejar along. Mereka sentiasa rasa tidak tenteram dan hidup dalam buruan tidak ubah umpama pelarian. Adakah di sana penyelesaian terhadap permasalahan ini menurut kaca mata Islam?


Bukankah Islam adalah penyelesai segala kemelut yang melanda, lebih-lebih lagi berkenaan permasalahan social


Sememangnya Islam ada penyelesaiannya. ZAKAT


Jika kita meneliti secara mendalam di dalam kitab feqah, akan ada perbahasan mengenai golongan yang berhak mendapat zakat iaitu :

  1. fakir
  2. miskin
  3. amil
  4. yang terpaut hati dengan Islam
  5. hamba yang ingin bebaskan diri
  6. yang berhutang
  7. fi sabiliLLAH
  8. anak perantauan



قال الله عز وجلّ:

‏إٍنًّما الصَدَقََاتُ لِلفُقَراء والمَسَاكينَ والعَاملِينَ عليهَا والمُؤَلَّفَة قُلُوبُهم وفِي الرّقَابِ والغَارِمين وفِي سَبِيلِ الله وابنِ السّبيل فريضةً مِن الله وَالله عَليمٌ حكيمٌ‏{


Maksudnya: Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

(at Taubah ayat 60)



عن ابن عباس أن معاذا قال بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إنك تأتي قوما من أهل الكتاب.....(وفيه).. فأعلمهم أن الله افترض عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فترد في فقرائهم


Maksudnya: dari Ibnu Abbas ra, katanya: bahawa Muaz berkata: RasuluLLAh SAW telah mengutuskanku seraya berpesan : Sesungguhnya kamu akan mendatangi golongan dari kalangan Ahli Kitab….(antara petikan hadith)…maka beritahulah kepada mereka bahawa Allah telah fardhukan zaka yang diambil dari golongan kaya di kalangan mereka, yang akan diberikan kepada golongan fakir di kalangan mereka

(riwayat alBukhari kitab Zakat)


Kita dapati, para peminjam dari along ini kebanyakannya adalah mereka yang terdesak dari segi ekonomi, tertekan dengan kos hidup yang tinggi, memerlukan wang untuk rawatan kesihatan dan sebagainya.


Oleh itu, sepatutnya golongan sebegini berhak mendapat bahagian zakat, apatah lagi jika dalam mazhab Syafi'e, zakat perlu dibahagi kepada semua 8 kumpulan tadi tanpa terkecuali pabila zakat dibayar oleh mereka yang wajib membayarnya.


Ini bermakna, jika wang zakat yang diperolehi baitul mal, wang tersebut hendaklah dibahagi kepada 8. tidak boleh diberi kepada hanya beberapa kumpulan.wajib meliputi 8 kumpulan tadi,melainkan amil jika elaun amil dibayar khusus tanpa menggunakan wang zakat tadi.


Terdapat beberapa syarat bagi seseorang dari mana-mana kumpulan tadi untuk menerima zakat :

  1. Islam
  2. tiada nafkah
  3. tidak mampu bekerja
  4. berada di Negara yang mana zakat dikeluarkan
  5. bukan di kalangan Bani Hasyim atau Bani Muttalib



Syarat khas bagi yang berhutang

Terdapat dua jenis bentuk orang yang berhutang

  1. berhutang kerana maslahat diri, keluarga dan anak pinak :-


· disyaratkan dia adalah fakir, yang perlu wang untuk membayar hutangnya

· tidak mempunyai asset lain

· bukan berhutang kerana tujuan maksiat, contohnya judi, minum arak

· hutang berbentuk perlu dibayar segera


  1. berhutang untuk mendamaikan dua pihak bertelagah, contohnya memberi pampasan kepada pihak yang mengalami kerugian



Oleh yang demikian, menurut penulis (wallahu'alam), peminjam wang dari along patut dipertimbangkan sebagai penerima wang zakat, jika menepati syarat-syarat yang dinyatakan demi menyelesaikan masalah yang kian meruncing.



Namun yang kita lihat ialah, kebanyakan wang zakat hanya untuk golongan tertentu sahaja, kadang pemerintah dan kakitangan pengurusan Baitul Mal atau Jabatan dan Majlis Agama yang 'bantai' dulu, hanya lebihan kecil sahaja sampai ke tangan mereka yang berhak



Rujukan

  1. Al Quran AlKarim
  2. Sohih Al Bukhari by Muhammad bin Ismail Al Bukhari
  3. Al Mu'tamad fil fiqh Assyafi'e by Dr Muhammad Az Zuhaili
  4. Tuhfatul Habib ala Syarh Al Khatib by Sheikh Sulaiman bin Muhammad Al Bujairimi

Comments: