:: Gerhana :::

Filed under , by salmanfasiri on 8:22 AM




Gerhana matahari berlaku lagi di kawasan Asia. Di Malaysia, gerhana hanyalah separa sahaja dan berlaku paling lama dalam sejarah iaitu selama sejam.




Sejak zaman berzaman, kejadian gerhana mempunyai pegangan serta akidah berbeza menurut setiap kaum. Ada yang menjadikan gerhana sebagai masa untuk menyembuhkan penyakit, ada yang menjadikannya masa untuk buang sial.

Dikalangan masyarakat kuno China (mungkin juga hingga kini), mereka percaya gerhana berlaku disebabkan naga sedang menelan matahari, oleh itu mereka memukul gendang dan memanah ke langit demi menghindari naga dari menelan matahari




Masyarkat India pula akan berendam di dalam air kerana percaya sesuatu akan jatuh untuk mereka

Manakala masyarkat Eskimo pula percaya bahwa matahari berundur jauh dan bersembunyi, dan datangnya matahari baru untukmenyinari bumi

Di kalangan masyarakat arab jahiliyyah, mereka beranggapan bahwa gerhana berlaku dengan sebab kematian atau kelahiran seorang bangsawan atau pembesar



gerhana yang berlaku di India baru-baru ini




PENDIRIAN ISLAM TENTANG GERHANA


Islam memandang gerhana matahari dan bulan sebagai tanda kekuasaan Allah, tiada kaitan dengan kematian atau kelahiran sesiapa atau apa-apa jua peristiwa



Nabi SAW bersabda dalam satu hadith:



قال : أن الشمس والقمرايتان من أيات الله لا ينخسفان لموت أحد ولالحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا الى الصلاة



Maksudnya : Nabi SAW bersabda: sesungguhnya matahari dan bulan kedua-duanya adalah tanda-tanda (kekuasaan) Allah, keduanya tidak gerhana dengan sebab kematian seseorang atau kelahirannya. Apabila kamu melihatnya hendaklah bersegera solat

( hadith riwayat Bukhari)




PERKARA YANG DIGALAKKAN SEMASA GERHANA



  1. Solat gerhana

1.1 Cara

  1. Sekurang-kurangnya 2 rakaat biasa
  2. Dilakukan dua rakaat dengan setiap rakaat mengandungi dua ruku'. Setiap selepas ruku pertama, juga dibaca fatihah dan surah

  1. berdoa dengan apa-apa doa. Semoga Allah menjauhkan kita dari semua perkara yang tidak elok
  2. beristighfar
  3. bersedekah


kesemua cara ini adalah di akui oleh Islam sebagaimana dalam hadith baginda SAW yang lain



عن أبي موسى قال : خسف الشمس فقام النبي صلى الله عليه وسلم فصلى وقال :(إذا رأيتم شيئا من ذلك فافزعوا االى ذكر الله ودعائه واستغفار



Maksudnya : dari Abi Musa Asyari ra katanya : berlaku gerhana matahari lalu Nabi SAW bersolat (selepas itu) baginda bersabda: Apabila kamu lihat sesuatu seumpama itu hendaklah segera mengingati Allah (solat dan sebagainya) berdoa dan memohon ampun dari-NYA

Comments: