Manusia yang terbaik adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain.
Berusahalah menjadi mereka yang faham agama dan bukan sekadar menukilkan feqah
Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan yang termaktub dalam kitab Allah, sejak penciptaan langit dan bumi, antara (dua belas bulan) itu ada empat bulan haram, itulah agama yang lurus , janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam bulan tersebut
Maksudnya : dan supaya mereka mengingati nama Allah pada hari-hari yang tertentu ( iaitu hari-hari pelaksanaan ibadah haji ).
Dalam ayat lain Allah menyatakan :
واذكروا الله فى أيام معدودات
Maksudnya : Dan ingatlah Allah pada beberapa hari tertentu ( iaitu hari Tasyriq, 11,12,13 Zulhijjah)
Zulhijjah mempunyai 10 hari yang istimewa:
وَالْفَجْرِ * وَلَيَالٍ عَشْرٍ
Maksudnya : Demi waktu fajar. Dan malam-malam yang sepuluh
Sepuluh malam yang dimaksudkan ialah 10 malam awal zulhijjah
Sabda Nabi SAW:
مامن أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله عز وجل من هذه الأيام، قالوا: ولاالجهاد في سبيل الله يا رسول الله؟ قال: ولا الجهاد في سبيل الله، إلا أن يخاطر أحدكم بنفسه وماله ولم يرجع من ذلك بشيء
Maksudnya : Tidak ada hari yang mana amal soleh terlebih disukai Allah berbanding dengan hari-hari ini. Sahabat bertanya: walaupun jihad wahai Rasulullah,jawab Baginda SAW : Ye walau jihad sekalipun (tidak dapat menyamai amalan di hari ini) melainkan seorang itu keluar bersama jiwa raga dan hartanya, lalu dia tidak pulang membawa sedikitpun benda tadi .
(Riwayat alBukhari )
p/s : Riwayat alBukhari berbeza dengan riwayat lain dengan lafaz يخاطر sedang riwayat-riwayat lain يخرج
Amalan-amalan Yang digalakkan Sepanjang 10 Awal
1. Berpuasa terutama pada 9 Zulhijjah
عن بعض أزواج النبي صلى الله عليه وسلم قالت : كانالنبي صلى الله عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة ويوم عاشوراء وثلاثة أيام من كل شهر .أول اثنين من الشهر وخميسين
Maksudnya: Daripada beberapa orang isteri nabi SAW, katanya : Adalah Nabi SAW berpuasa pada 9 Zulhijjah, 10 Muharam, tiga hari setiap bulan, hari Isnin pertama tiap bulan dan juga hari Khamis .
( Riwayat AnNisai )
2. Memperbanyakkan takbir, tahmid, tahlil, tasbih. Mengangkat suara di mana-mana sahaja ( dengan tidak menganggu orang lain). Wanita tidak perlu mengangkat suara
وعن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما ، عن النبي صلى الله عليهوسلم قال : ( ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيامالعشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
Maksudnya: Dari Abdullah bin Umar ra katanya, dari Nabi SAW bersabda : Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah, juga amalan yang paling disukai-NYA , berbanding hari yang sepuluh ini, maka perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid ( Riwayat Ahmad )
Menunaikan ibadah Haji dan Umrah
5. Melakukan ibadah korban pada hari ke Raya dan atau pada hari Tasyriq
( 11, 12, 13 Zulhijjah )
Memperbanyakkan apa sahaja amalan baik
7. Bertaubat kerana beberapa sebab:
kita tidak tahu bila malaikat maut akan menjemput kita
setiap dosa atau maksiat yang dilakukan pasti akan diekori oleh maksiat yang lain, menyebabkan semakin banyak dsa yang kita lakukan
Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu, tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi
Kes 2
Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanitayangingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannyakemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut . Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah
Kes 3
Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya
عن جابر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذااستشارأحدكم أخاه فليشر عليه
Maksudnya: Dari Jabir ra katanya Nabi SAW bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)
Masalah Istikharah
1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah
عن جابر بن عبد الله قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمنا الاستخارةكما يعلمنا السورة من القرآن يقول إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إنيأستخيركبعلمكوأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلموأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر فيسميه ما كان من شيءخيرالي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أوخيراليفي عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقولمثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدرليالخيرحيثما كان ثم رضني به
Maksudnya : Dari jabir Bin Abdullah ra katanya: Adalah nabi saw mengajar kami untuk beristikharah dalm semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melkukan sesuatu perkara mak hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):
ليقل اللهم إنيأستخيركبعلمكوأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلموأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر فيسميه ما كان من شيءخيرالي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أوخيراليفي عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقولمثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدرليالخيرحيثما كان ثم رضني به
عن عائشة عن أبي بكر الصديق أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد أمرا قال اللهم خرلي واخترلي
Maksudnya : Dari Aisyah ra meriwayatkan dari Abu Bakr assiddiq bahawa nabi saw apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku
عن جابر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذااستشارأحدكم أخاه فليشر عليه
Maksudnya: Dari Jabir ra katanya Nabi SAW bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)
2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah
Pertama:
Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana nabi Saw menyatakan dalam hadis:
: (( إذا همّ أحدكم بالأمر((.
Perkataan yang Nabi saw yang digunakan ialah"هم" yang bermaksud hasrat, dan bukannya "تردد" ( teragak-agak). Perkataan " همّ" adalah tahap sebelum "عزم"(keinginan kuat)
Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telahberhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut
Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.
Kedua :
Ramai antara kita beranggapan bahawa istikhara hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaj contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang 'grand', sedangkan dalam Islam, Istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :
(( كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها((
Maksudnya : adalah dia (Nabi saw) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara
( riwayat Tirmizi)
Ketiga :
Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus.Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi saw :
(( فليركع ركعتين من غير الفريضة.((
Maksudnya : maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu
Penggunaan perkataan "من غير الفريضة"( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorangmelakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar nabi SAW, maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah
Keempat :
Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan
Maksudnya: dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya
Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut
Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya
Kelima :
Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah "nur" yang dilimpahkan oleh Allah SWT terhadapnya,jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang
Inilah beberapa salah faham yang perlu kita perbetulkan atau memberi kesedaran kepada yang masih lagi kurang jelas dalam permasalahan ini . semoga ada kebaikan hasil dari tulisan ini
Segala komentar / pandangan boleh di perbincangkan
Aku adalah manusia yang menjadi hamba kepada Allah.Aku teringin untuk dihimpunkan bersama dengan kumpulan solehin walau aku bukanlah di kalangan mereka